
KURSUS BORONG CHINA

Kursus Memborong di China adalah sebuah kursus yang komprehensif yang menerangkan kepada usahawan tentang langkah-langkah awal untuk memborong dari China.
Kursus ini juga adalah satu kemestian bagi seseorang usahawan yang ingin berkecimpung dalam bidang ini. Melalui kursus ini juga akan diterangkan mengenai cabaran serta halangan yang bakal dihadapi oleh seseorang usahawan.
Dengan mempelajari langkah yang betul, usahawan akan melangkah lebih jauh. Usahawan juga dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang setelah mempelajari proses ini.
Selain itu kami juga akan memberi khidmat nasihat kepada usahawan yang menyertai kursus kami.
Antara modul yang bakal diterima oleh pelajar ialah:
BAB 1: Pengenalan Negara China
BAB 2: Urusan Paspot dan Visa
BAB 3: Tiket Penerbangan
BAB 4: Pada Hari Bertolak dan Tiba di China
BAB 5: Penginapan (Harga Patut, Selamat dan sesuai)
BAB 6: Restoran, Makanan dan Minuman
BAB 7: Pengangkutan Tempatan (Masalah, Tips dan cara mengatasi ditipu)
BAB 8: Persediaan Tambahan (Buka Akaun di China, tandas )
BAB 9: Kenal Pasti Duit Palsu
BAB 10: Membeli-belah dan Memborong (Plaza Memborong yang patut dikunjungi)
BAB 11: Contoh Produk-produk – Produk Terkini yang berpontensi di Pasaran Malaysia
BAB 12: Pengangkutan Barang ke Malaysia (Urusan Logistik selepas memborong)
BAB 13: Penghantaran Duit dari Malaysia ke Pembekal
BAB 14: Pameran Perniagaan
BAB 15: Memperolehi idea untuk Mencari Pembekal dan produk terkini Melalui Website B2B
BAB 16: Tempat-tempat Bersejarah Islam

ROMBONGAN / TRIP KE CHINA

Setelah peserta menghadiri seminar, kini peserta boleh mengambil kesempatan untuk menyertai Lawatan Perniagaan ke China bagi melihat sendiri dan melalui pengalaman membeli-belah di sana. Lawatan ini adalah lawatan memborong sambil melancong. Peserta akan dibawa melawat ke Plaza-Plaza memborong di China.
PAKEJ ROMBONGAN
- Pengurusan Visa
- Tiket kapal terbang KL-Guangzhou-KL
- Penginapan di hotel 3 bintang
- Pengangkutan domestik
- Makan Malam di Restauran Muslim.
JADUAL LAWATAN
| Hari Pertama | Bertolak ke Guangzhou. Melawat Plaza aksesori, hiasan dalaman rumah dan hadiah. |
| Hari Kedua | Melawat plaza beg tangan dan plaza pakaian moden, jam tangan dan kasut. |
| Hari Ketiga | Melawat plaza fabrik, langsir dan kain sutera. Hari bebas (Bas bertolak ke plaza pakaian kanak-kanak dan lampu hiasan) |
| Hari Keempat | Hari bebas, pengurusan penghantaran barang. Bertolak pulang. |
BONUS PAKEJ
- Melawat Masjid Huaisheng
- Melawat Makam Saad Abi Waqas (bapa saudara Nabi Muhammad)
- Melawat Beijing Lu (night shopping street)
- Melawat Shang Xia Jiu Lu (night shopping street)
